Sunday, March 30, 2014

diz iz ampang !

Assalamualaikum. Hi blogger sekalian. Aku ni kejap ada kejap hilang. Sampai satu tahap babyblog ni pun taknak pandang aku dah :( sobsob. Sorry itu je aku mampu ucapkan.

Aku baru habiskan first practical dekat KPJ Ampang Puteri. Penat sungguh sebab hospital tu tiap hari busy. Sakit kaki jugak dua tiga hari dekat sana. Sebab kerja berdiri berjalan turun naik sana. Hewhew.
Kakak dengan abang kat sana semua baik-baik. Nak pulak dapat kami orang yang macam budak baru dapat mulut nak bertanya itu ini. Kehkehkeh. Nasib baik depa baik layankan aje yedak?
Thanks to abang padd, kak chaq, kak nani, abang yann, abang anis, abang pizie, kak sya, kak faz. kakak practical dan paling penting thanks to bigboss pharmacy dkt kpj tu cik wan. kehkehkeh.

Alhamdulillah, best sangat practical ni. Aku pulak jenis suka kerja dan tak suka duduk lalu tidur tepi almari -.- Hahahahahaha. Boleh pulak kantoi dengan abang padd, dah lah dia incharge dekat sana. \o/ habislah markah practical aku. KAHKAHKAH. Tapi, yang tak bestnye kos sara hidup SANGAT tinggi dekat sana. Jauh beza duduk nilai weh. Aku rasa dua minggu duduk sana. Lebih rm200 aku belanja -.- Dekat nilai takde pun aku macamni. Pokoknya, aku kena berjimat lah lepas ni hehehehe. Yelah, aku taknak susahkan family aku. Nakkan pulak kakak aku nak kawen hujung tahun ni confirm nak pakai duit banyak kan? Dengan yuran aku lagi. ehem ehem.

Hm. Pastu dekat Ampang aku dapat housemates baru. Aina, dila, yan, nisa, depaa semua pakat otak gila gila. Time dekat kelas dulu pandang senyum cemtu jelah. Nak bersembang memang 10 kali pikiq lah. Hahahaha. Alhamdulillah, ada hikmah disebalik semua ni. Takkan nak berkawan dengan orang yang sama je. Nanti berpuak pulak yedak? Takmo lah. Satu kelas kena bersatu padu laa kan? :')

Tapi tapi. *suara merengek* waktu practical selalu je dekat hostel takda air. Mula-mula pergi mandi dekat masjid. Dah macam orang perlarian je. Ohya, ada benda lucu gila bakhang dekat masjid. Aku nak tanya sorang akak ni dekat mana tempat solat perempuan, aku pun dengan muka slumber sambil tepuk bahu akak tu ''kak, tempat semayang perempuan dekat mana ek?'' *senyum* lalu akak tu pun membalas ''can you speak english?'' HAMEK kau. aku dekat situ dah terdiam, aku taktahan nak gelak lalu aku blaa. nampak macam biadap tapi seriously, aku memang taktahan nak gelak  dah depan dia. HAHAHA.
Gentle laa pergi kerja basuh muka gosok gigi sarung uniform acah-acah macam dah mandi terus pergi kerja. Hahahahaha. Pi lantak laa. Takda siapa bau pun kan?

Masa duduk Ampang memang muka aku stock lepak Ampang point ajelah. Hahahaha. Habistu nak lepak mana lagi hah? Hahahaha. Patut la banyak habis duit. Kehkeh. Bila aku dapat tau duit dah keluar, aku terus keluarkan duit beli kasut skate. Beli bundle je nak beli dekat butik mahal. Nak pakai pun untuk barai-barai. Itu kawan-kawan aku yang kasi nasihat kat aku laaa. Aku pun terima pakai nasihat diorang. Lagipun nak pakai mahal buat main skate sayang kot :(  Haih, tak sabarnya nak skate. Encik susan chai, tolong bawak saya pergi pcp ye ! Hahahaha saya dah sebulan tak skate. Huhu.

Harini dah 30.03.2014 arghhhh. tengah hari nanti nak berangkat ke Nilai. Dalam diam naik train tu besok tiga empat beg jugak aku angkut kahkahkah. Aku pedulik apa. Janji aku bawak apa aku nak! Dan seriously talk, aku malas gila nak balik nilai. Aku nak duduk batang kali sampai bila-bila boleh tak? :(
Taknak sambung belajar, nak kerja kerja kerja dapat duit. Ni belajar keluar keluar duit, duit pun takda. Hmmm. Sudah lah hempon asyik hangg je. Nak je hempok guna lesung kasi berkecai. Lepasni kalau hangg lagi, memang torchlight sahaja lah. Malas nak pakai hempon mahal-mahal. Susah nak main lambung-lambung. Okay good night uolz. Bai.




Saturday, April 27, 2013

pandang dan senyum

Assalamualaikum.

Pagi yang cerah aku bergegas bangun dari katil busukku.
Selimut di selak ke tepi.
Nah, sejuk pagi ini.
Seawal 8 pagi telifon bimbitku berdering.
Hah. Siapa yang berani membuat panggilan pagi begini.
Selalunya bunyi ''alarm'' sahaja.

Melihat sekeliling.
Seperti tidur di timbunan sampah.
Sana dan sini bersepah.
Nasib menyebelahi aku.
Bilik tiga ku kemas rapi.
Cadar ku tarik-tarik.
Ku singkap langsir agar cahaya matahari menerangi kegelapan.

Huargh. Masih menguap di pagi yang indah ini.
Mana tidaknya.
8 jam tidur sudah menjadi 5 jam.
Amalan gaya hidup sihat sudah tidak diendahkan lagi.
Harini aku rasa bahagia setelah berbulan tamat alam persekolahan
aku sering bangun lewat / terlajak atau pura-pura terlajak. Ehem.
Anak dara apakah?
Masih bisa dibentuk jika diri ini mahu berubah.

Air di dalam besen ku penuhkan.
Baju bertimbun aku masukkan ke dalam mesin basuh.
Dunia sudah maju. Anak melayu semakin malas.
Bukan Melayu sahaja. Semua manusia jadi malas.
Termasuk ''aku''...
Siram demi siram selesai sudah aku bersihkan diri.
Sejuk dan segar.

Baju apa mahu ku sarung hari ini.
*melihat almari baju*
*bertimbun baju*
Masih menjadi persoalan setiap hari baju apa harini hah baju apa?
Bersiap dan menyarung tudung bawal coklat.
Bentukkan agar nampak kemas.
Tepek sedikit bedak johnsonbaby kaler purple.
Lalu aku turun ke bawah bekalkan sedikit bihun.
Tidak sempat sarapan. Alasanku.

Gigih mengayuh basikal pink kepunyaan kakak ku.
Gigih mencari wang saku.
Perit.
Sedih.
Aku melihat dompet comelku kosong seperti hatiku.
Sabar sahaja.
Melaksanakan tugas seperti biasa.
Akan berhenti tidak lama lagi.
Sabar dan tabah sahaja diri.

Aku bakal menjadi budak STPM tidak lama lagi.
Satu tahun setengah akan aku habiskan masa aku di sini.
Dan akan pergi jauh dari sini mungkin? InshaAllah.
Apa yang penting usaha aku hendaklah berterusan.

Tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Malu aku melihat diri aku yang malas.
Sem by sem. Aku mahu tingkatkan segalanya.

Sekian.

Saturday, March 23, 2013

Result SPM?

Assalamualaikum *tak jawab dosa*. Haaaaaaaaaai. Apa khabar? Baik? Alhamdulillah. Semoga kome sekalian panjang umur dan murah rezeki.

Dah lama tak tulis blog sebab aku sibuk tulis dekat buku je sekarang nie. :)
Result SPM dah keluar 2hari lepas. So, puas hati ke tak? Alhamdulillah.
aku puas hati laa jugak dengan result aku. Sebab time exam aku fikir asal lulus pon dah bersyukur.
Well, budak macam aku bukannya tak pandai. Hahaha. Actually, semua orang pandai.
Antara rajin dan malas je. Hehehe. Like me ^^v

1A , 2A , 3A , 4A, 5A , 6A, 7A, 8A, 9A, 10A dan..... takde A.
Tak bermakna masa depan kita gelap.
Apa yang penting usaha.
Ada A ke takde ke tak bermakna kita nie bodoh kuasa lapan.
Haaaa. Banyak je Universiti, Kolej, Form6.
Antara nak dan taknak je.
Hmm. Sibuk bebel.
Result aku?
Lulus dan lulus. Kbye.
Hahahahahahaha.

UPU?
Hmmm. Yes. Aku dah isi. Dengan result aku yang cemerlang tu aku banyak apply pengurusan je.
Dah itu je minat aku. Selain tu, aku apply Maktab Perguruan dan Kolej Kemahiran Teknologi Mara :')
In shaa Allah. Ada rezeki ada lah.

Salam mesra peluk cium.